Kalau balik melaka, pergi Lotus Cheng, cikzira khalisah khaliq akan singgah kedai ni. Ted Coffee dia opposite je dengan Lotus Cheng tu. Tapi belah tepi Lotus. Kedai warna hitam.
Ada kopi, ada croffle, pelbagai dessert sedap sedap. Selain tu, ada jugak menu nasi daging bakar dengan nasi ayam bakar. Menu terbaru pun ada pasta jugak.
Masa balik cuti sekolah Mac haritu, kitorang repeat lagi lepak makan situ sebab suka croffle kan.
Orang melaka mana yang ke Lotus Cheng tu, nak pekena kopi santai-santai bolehlah singgah Ted Coffee. Support bisnes orang melayu kita.
Bulan puasa ni pun Ted Coffee beroperasi untuk berbuka puasa dan jugak moreh.
Boleh follow instagram Ted Coffee dekat SINI